Welcome

Thursday, April 14, 2011

~SELANGKAH MENDEKATI ALLAH~

Bismillahirrahmanirrahim :



rimba raya dan belantara yang menghijau dengan pepohonan,
bunga-bungaan dan buah-buahan beraneka cantik dan menawan,
air terjun yang jatuh berderau dengan airnya yang sejuk dingin,
padang rumput dan sawah bendang yang terbentang hijau menguning.



bukit bukau dan lembahnya yang mengalirkan anak-anak sungai deras,
gunung ganang yang tinggi mengawan dengan putih salju menutupi aras,
lautan yang terbentang luas yang kadang-kalanya tenang dan bergelora,
langit membiru dengan awan yang membentuk abstrak beraneka.

demi banyaknya keindahan lain yang tidak terhitung di alam dunia,
adalah karya seni sempurna yang diciptakan Allah untuk umat manusia,
segenap kurnia yang menakjubkan ini adalah untuk manusia menikmati,
guna memberikan kesempatan kepada mereka untuk berfikir dan mensyukuri,



keunikan penciptaan manusia itu sendiri teramatlah mempesona,
berpasangan adam dan hawa yang saling memerlukan di antaranya,
sebaik-baik penciptaan melebihi makhluk lain dengan nafsu dan akal,
namun ada pula musuh yang membisik agar manusia menjadi dangkal.

dia mempengaruhi manusia agar tidak mematuhi Pencipta Agong,
dengan tiada henti memperdayakan manusia dengan janji kosong,
diingini agar manusia ini menjalani hidup dengan penuh masalah,
baik di dunia maupun di akhirat biar sentiasa dalam kemurkaan Allah.

demi mencapai hajat dia akan terus membanting usaha hingga saat kiamat,
penipuan, kejahatan, serta perlanggaran kesusilaan adalah wajar dan berhemat,
hidup di dunia adalah keseronokan dan maksiat yang enak dan mengasyikkan,
peduli apa perintah tuhan yang tidak perlu di segera dan dilaksanakan.


dia menghalal dan mengesakan akan segala kemungkaran,
tujuan bagi memesongkan akidah, akhlak dan kebenaran ajaran,
mengandungi segala jenis bentuk gagasan yang honar dan jahat,
musuh yang tidak lain adalah syaitan yang telah diusir dan dilaknat.


Allah berfirman didalam surah Faathir ayat 6 untuk memberitahu kamu,
"sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu,maka anggaplah ia musuh(mu),
kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya,
supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala."

inilah makhluk yang tidak pernah mengenal penat dan lelah,
berkerja siang dan malam untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah,
bersumpah akan memperdayai anak cucu Adam terus menerus,
agar mereka menjalani kehidupan dalam kesesatan dari jalan yang lurus.

bertekad akan terus berusaha agar iman manusia sentiasa nipis,
atas perintah bapa syaitan yang terbesar dari semua syaitan iaitu iblis,
yang telah memberontak kepada Allah ketika Adam di ciptakan,
dengan engkar sujud kerana kesombongan asal usul kejadian.

menolak perintah Allah, agama dan apa saja nilai yang mulia,
melaksanakan hal-hal yang dianggap agama baik adalah sia-sia,
peraturannya adalah menerima syaitan sebagai lambang keutuhan,
mengagungkannya sebagai pemimpin, pembimbing malahan sebagai tuhan.

melaksanakan perbuatan keji di setiap tahap peradaban dan sejarah,
dari zaman kuno hingga zaman ke zaman yang berubah ubah,
manusia disesatkan siang dan malam dengan senang dan mudah,
agar terus-menerus dalam kehinaan dan abadi dalam kefahaman jahiliah.

apabila Allah digantikan dengan syaitan sebagai tuhan sembahan,
manusia mulai lupa diri akan asal usul kejadian dan hari pembalasan,
janji Allah adalah benar, manusia maupun jin tidak terkecuali,
neraka jahanam adalah seburuk-buruknya tempat manusia kembali.

namun di atas semua hasutan agar manusia menjalani kehidupan yang salah, 
manusia sepatutnya bersyukur di atas nikmat dan kasih sayang daripada Allah,
diutuskanNya kepada manusia pesuruh dan rasul pembawa risalah,
mengamalkan apa yang benar dan menolak ajakan syaitan laknatullah.

wahai diri, anak-anak, saudara mara dan rakan taulan,
janganlah kita lalai dan asyik dengan bisikan dan ajaran syaitan,
walau sekecil mana sekali pun kesalahan jangan diambil ringan,
perbaikilah diri sendiri dan segeralah bertaubat kepadanya tuhan.



marilah kita peliharai hati yang baik agar sentiasa mengingati mati,
awasi anggota dan diri dari segala perbuatan mungkardan keji,
tingkatkan amalan, solat, zikir dan al-Quran di dalam diri setiap hari,
syaitan dihindari, insyaAllah menjadi hamba Allah yang dikasihi.



"ya Allah ya Tuhan kami yang mengurniakan segala rahmat,
kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat,
jauhilah kami daripada siksaan dan azab bakaran api neraka,
redhailah dan tempatkanlah kami umat Muhammad ke dalam syurga."


segala puji bagi Allah, salawat dan salam kepada Nabi junjungan.





assalamu'alaikum.

*Nota ini daripada atuk una...(Datuk Qayyum) yang sentiasa memberi perangsang dan kata semangat kt una. Sentiasa menasihati una setiap masa.
 Terima Kasih "atuk"

No comments:

Post a Comment